Arena nasyid lebih warna-warni dengan kehadiran seorang anak muda yang cukup berbakat ini. Dilahirkan pada 19 Okt. 1992. Merupakan pelajar dalam bidang Kejuteraan Elektrik & Elektronik di UiTM Pulau Pinang dan mula bergerak solo pada tahun 2013. Jom taaruf bersama beliau.
Nama Sebenar : Mohd Syarafuddin b. Mhd Yusof
Nama Samaran : Syaraf Yusof
Tempat Lahir : Hosp. Besar Kuala Lumpur
Pengalaman dalam bidang nasyid :
Bermula dari umur 6 tahun di peringkat tadika dengan membuat persembahan sewaktu hari anugerah kecemerlangan. Meneruskan bakat di peringkat sekolah rendah dengan menyertai beberapa pertandingan nasyid dalaman dan pernah mewakili sekolah. Di peringkat sekolah menengah juga turut melibatkan diri dalam bidang nasyid dan nyayian. Kini bergiat aktif sebagai seorang penasyid di peringkat IPT.
Read more

Perkembangan dalam bidang nasyid :
Kini
telah mengembangkan lagi bakat dengan menulis lagu, puisi dan terlibat dengan
pengacaraan majlis baik formal mahupun tidak. Setakat ini mempunyai 11 buah
lagu dan 3 buah puisi. Terlibat secara aktif dalam membuat persembahan di
peringkat universiti dan majlis tertentu. Telah mengacarakan beberapa majlis
rasmi dan tidak rasmi.
Harapan beliau pada masa hadapan :
Semoga
sedikit usaha ini mendapat keredhaan dan barkah dari Allah S.W.T. Semoga cinta
Allah dan Rasul ini terus dapat disebarkan dengan karya-karya saya yang kecil
jika hendak dibandingkan dengan yang sedia ada kini. Sokongan terus dari
sahabat-sahabat sekalian juga amat saya harapkan.
![]() |
| Syaraf Yusof |
Jom "Like" Facebook beliau Syaraf Yusof dan ikuti video-video cover beliau di Youtube. Hubungi beliau untuk segala urusan persembahan di talian 017-2151776