Advertise Now!

Taaruf Kumpulan IQTIDAA

Posted by Insyad Media


IQTIDAA ialah sebuah lagi kumpulan nasyid baharu yang bakal muncul menyinari industri nasyid di Malaysia. Kumpulan ini ditubuhkan pada bulan Mac 2012 dan terdiri daripada tiga orang anak muda yang berasal dari pelbagai negeri di Malaysia. Perkataan Iqtidaa di ambil dari perkataan arab yang membawa maksud “mencontohi” ataupun “ikutan”.

PERANCANGAN IQTIDAA
Kini, IQTIDAA  dalam proses merakamkan single pertama mereka yang bertajuk Nur Irshad Insyirah dan juga mini album yang mengandungi lima buah lagu iaitu "Ketenangan Yang Dicari", "Mencari Cinta Allah", "Nur Irshad Insyirah", "Muslimah Sejati" dan "Sejarah Kita".
Selain sibuk dan fokus terhadap kemunculan single pertama mereka, IQTIDAA juga turut menerima jemputan persembahan di majlis-majlis tertentu seperti majlis perkahwinan, kenduri serta majlis keagamaan dan juga sekolah-sekolah.

IQTIDAA juga dalam perancangan untuk mencari dana untuk program "Roadtour Singgah Sahur Ramadhan 1434H". Program ini bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan dan juga mempromosikan kumpulan mereka sendiri.


AHLI IQTIDAA
Nama: Mohamad Syahir Bin Rosli Song.
Pekerjaan: Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Melaka Tengah.
Umur : 24 tahun

Nama: Mohd Afiq Bin Shamsudin.
Pekerjaan:Pengurus Besar Giat Mara Pontian.
Tarikh lahir : 15 Mac 1984

Nama: Muhammad Hazwan Safwan bin Mohd Yunus.
Pekerjaan: Guru KAFA.
Umur : 21 tahun


Sebarang urusan persembahan, boleh lah terus menghubungi 0108982903 (Syah). Jemput 'Like' page Iqtidaa https://www.facebook.com/Iqtidaa?fref=ts

Related Posts

No comments:

Leave a Reply

©Hak Cipta Terpelihara 2013, Insyad Media | Arus Nasyid Interaktif ©2013 Theme: Magazine World Theme. Admin - Portal Insyad

Paparan terbaik Google Chrome | Internet Explorer | Firefox.
PENAFIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini.