Advertise Now!


LIRIK LAGU SANGGAR


Rep part,
Mari berbicara tentang kecantikan, 
soal-soal dalaman ataupun luaran
Zahir Nampak indah, rupanya merekah,
kita jadi gundah,Takut pilih salah ,
tapi cinta itu perlu tuk mengisi kekosongan hidup ku,
Moga-moga nanti kan ketemu, pilihan terbaik, 
dia yang telah ditentukan untuk ku.

Hebat benarkah senyuman itu menawan
atau diriku yang mudah untuk tertawan
Sememang kau jelita gaya seorang penggoda.
Ku tak mahu ternoda.


Aura tarikan membuat semua lupa
Pesona mata itu godaan dunia
Yang indah sebenarnya
tak terlihat di mata
Sinarnya bercahaya


buru usah terburu
lemah menurut nafsu
Usah tertipu



Pada kecantikan yang palsu
Kelak kan meracuni kehidupan mu
teruslah cari mencari
Cantik cantik yang asli
Bersanggar indah kesucian cinta hakiki
kemanisan kekal melekat tidak terbandingkan 

Rep part:
lihat-lihat, lihat lah ke dalam diri,
lihat lah terus ke hati sanubari
cari-cari , cari cinta hakiki,
damai itu memang sukar di cari,
terkadang di lindung, zahir nya dibendung,
makrifat terkandung, jangan berhenti, apapun terjadi,
terus cari mencari, ia ada di sini TERSEMBUNYI.

Lirik/Lagu: Rosli Ahmad@MACP 2011
Artis: Tri-Yo
Read more
    Tri-Yo adalah satu nama baru dan kini mereka baru mencipta nama dalam industri seni dakwah di Malaysia. Sampai ke hari ini nama Tri-Yo masih lagi berlegar-legar di telinga para peminatnya terutama bagi penggemar muzik itu sendiri. Tri-Yo merupakan sebuah kumpulan yang baru ditubuhkan pada awal tahun 2013. Kumpulan ini terdiri daripada 3 orang anak muda seperti Shahiran, Maha dan Juma. Bagi penggemar atau peminat nasyid mungkin sudah mengenali ahli kumpulan ini kerana sebelum tertubuhnya kumpulan ini, mereka bergerak solo dan juga merupakan penyanyi nasyid solo dan masing-masing pernah mengeluarkan single mereka sendiri tetapi menampilkan konsep yang berbeza dalam usaha dakwah mereka selari dengan kehendak muzik masa kini sehingga tertubuhnya Tri-Yo. Salah seorang ahli kumpulan ini iaitu mahazhir atau lebih mesra kenali sebagai Maha, sebelum ini kami pernah menulis artikel tentang beliau dalam kategori taaruf munsyid. Anda boleh membaca artikel mengenai beliau di sini.

    Dengan tertubuhnya kumpulan ini semoga apa yang mereka cuba ingin sampaikan kepada para pendengar melalui lagu yang mereka bawa ini dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat. Walaupun lagu yang mereka bawa ini diselitkan dengan konsep Rapp, R&B, Jazz dan POP, namun konsep yang berbentuk nasihat atau dakwah tetap dikekalkan dalam lagu yang mereka bawa ini.



TRI-YO



LATAR BELAKANG KUMPULAN

    Kumpulan Tri-Yo telah ditubuhkan awal tahun 2013. Tri-Yo adalah kumpulan nyanyian yang terdiri daripada 3 orang anak muda iaitu Ahmad Shahiran, Maziatul Uzzma & Mahazhir yang masing-masing merupakan graduan dan mahasiswa IPT yang sudah mempunyai kerjaya tetap.Tri-Yo membawa maksud “Tiga” hasil gabungan 3 penyanyi yang sebelum ini lebih bergerak secara solo,dengan penghasilan single sulong yang bertajuk “SANGGAR” selain Hip-hop. Konsep Rapp, R&b,Jazz & POP juga ada di selitkan dalam lagu tersebut.

    Semenjak ditubuhkan, Tri-Yo berazam untuk membawa satu perubahan dalam industri muzik tanah air dengan membawa konsep yang berlainan dari segi lirik yang berunsurkan dakwah seperti teguran & nasihat yang baik. Dari sudut penampilan pula Tri-Yo juga  menjaga dengan baik semestinya tidak melanggar batasan agama.

    Dengan keazaman yang tinggi, Tri-Yo bertekad untuk terus berjuang dalam industri muzik tanah air seterusnya mengembangkan sayap ke peringkat antarabangsa. Tri-Yo juga berazam mengangkat martabat irama muzik & lagu dakwah di Malaysia ke tahap yang lebih tinggi dan terus diterima sebagai wadah hiburan alternatif terbaik untuk masyarakat.


PROFIL AHLI KUMPULAN


Shahiran


Nama: Ahmad Shahiran B Zainal Abidin
Umur: 25 Tahun
Asal: Tanjung Malim, Perak
Pendidikan: Diploma Teknologi Maklumat, Kolej Islam Antarabangsa (IIC)
Profesyen: Guru
Facebook: Shahiran

Juma


Nama: Maziatul Uzzma Bt Hj Ta’azim
Umur: 23 Tahun
Asal: Sabak Bernam, Selangor
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam, Universiti Malaya (UM)
Profesyen:  Pelajar
Facebook: Juma

Maha


Nama: Mahazhir Bin Zainol Abidin
Umur: 23 Tahun
Asal: Kuala Ketil, Kedah
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda (Sains) Pengkomputeran Netsentrik, Universiti Teknologi Malaysia (UiTM)
Profesyen: Pelajar
Facebook: Maha


 



____________________________________________________

Tri-Yo Group,

No. 27-4 Kg Selayang Indah,
Jalan indah 6,68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan.

No. Telefon: 019-3741437 (Shah)
E-mel: Triyo_group@gmail.com
Facebook: www.facebook.com/Tri-Yo




Read more
Arena nasyid lebih warna-warni dengan kehadiran seorang anak muda yang cukup berbakat ini. Dilahirkan pada 19 Okt. 1992. Merupakan pelajar dalam bidang Kejuteraan Elektrik & Elektronik di UiTM Pulau Pinang dan mula bergerak solo pada tahun 2013. Jom taaruf bersama beliau.

Nama Sebenar : Mohd Syarafuddin b. Mhd Yusof
Nama Samaran : Syaraf Yusof
Tempat Lahir : Hosp. Besar Kuala Lumpur

Pengalaman dalam bidang nasyid :
Bermula dari umur 6 tahun di peringkat tadika dengan membuat persembahan sewaktu hari anugerah kecemerlangan. Meneruskan bakat di peringkat sekolah rendah dengan menyertai beberapa pertandingan nasyid dalaman dan pernah mewakili sekolah. Di peringkat sekolah menengah juga turut melibatkan diri dalam bidang nasyid dan nyayian. Kini bergiat aktif sebagai seorang penasyid di peringkat IPT.

Perkembangan dalam bidang nasyid
Kini telah mengembangkan lagi bakat dengan menulis lagu, puisi dan terlibat dengan pengacaraan majlis baik formal mahupun tidak. Setakat ini mempunyai 11 buah lagu dan 3 buah puisi. Terlibat secara aktif dalam membuat persembahan di peringkat universiti dan majlis tertentu. Telah mengacarakan beberapa majlis rasmi dan tidak rasmi.

Harapan beliau pada masa hadapan
Semoga sedikit usaha ini mendapat keredhaan dan barkah dari Allah S.W.T. Semoga cinta Allah dan Rasul ini terus dapat disebarkan dengan karya-karya saya yang kecil jika hendak dibandingkan dengan yang sedia ada kini. Sokongan terus dari sahabat-sahabat sekalian juga amat saya harapkan.

Syaraf Yusof
Jom "Like" Facebook beliau Syaraf Yusof dan ikuti video-video cover beliau di Youtube. Hubungi beliau untuk segala urusan persembahan di talian 017-2151776

Read more

Tahniah buat kump. Vast kerana buat pertama dan julung kalinya mereka sudah menmpunyai show sendiri. Bertempat di Dewan Perdana, UiTM Merbok, Kedah, anda kini dapat menyaksikan mereka membuat persembahan. Turut bersama mereka kumpulan yang tidak asing lagi iaitu Rabbani & Devotees. Tidak ketinggalan juga persembahan solo dari Maha.

Berikut adalah detail yang dibawakan khas dari UiTM:

Nama program : Konsert Xpresi Seni
Tema : “Menggapai Seribu Impian”
Tarikh : 21 Februari 2013
Masa : 8.30 pm – 12.00 am
Tempat : Dewan Perdana, UiTM Merbok, Kedah
Artis Undangan : Rabbani , Devotees, Vast & Maha
Tiket : RM10

Semua dijemput hadir bagi memeriahkan lagi konsert ini.


Read more
Program : Bazaar Jualan sempena Maulidur Rasul
Tarikh : 24 Jan 2013M /12 Rabi'ul Awal 1434H
Tempat : Dewan Jitra, jalan Hospital Daerah, Kedah DA
Masa : 12 tenaghari - 3 petang

Poster Bazaar Jualan

Majlis turut disajikan oleh persembahan nasyid Remaja Harapan & Simfoni. Jemput datang & memeriahkan lagi majlis

Read more

Aku khilaf, aku terleka
Mengejar kenikmatan dunia
Indahnya cinta yang ku rasakan
Tidakku sedari langkahku menuju kebinasaan

Dia muncul dalam hidupku
Membawa warna keindahan
Ku terbuai indahnya cinta manusia
Dan ku terlupa akan nikmat cinta pencipta

Segala kelihatan sempurna
Dunia ini bagai syurga
Tanpa menghiraukan apa hukum dari-Nya

Khilafnya..Lekanya.. Ku sesali segalanya
Ya Tuhanku pimpinlah kami menuju redha-Mu
Ya Tuhanku pandulah kami menuju cinta abadi
Read more

Kembaraku mencari haluan
Dalam sepi dan keasingan
Diri terlantar bagaikan
Camar yang kesakitan

Pencarian ini tanpa sempadan
Onak duri penuh kepalsuan
Ku hanyut menggapai mimpi yang indah
Tiada lagi pelangi harapan

Sesunguhnya aku tak layak ke syurga-Mu
Dan tak sanggup ke neraka-Mu
Sucikanlah segala dosa nodaku
Ya Allah ampunilah kami

Ku berhimpun doa merimbun
Dalam ratap tangis kehibaan
Tunjukkan ku jalan yang terang
Mencari cinta pada-Mu

Duhai saudaraku bangunlah semua
Bersamalah kita mencari redha-Nya
Bersamalah kita kembali pada-Nya
Read more

©Hak Cipta Terpelihara 2013, Insyad Media | Arus Nasyid Interaktif ©2013 Theme: Magazine World Theme. Admin - Portal Insyad

Paparan terbaik Google Chrome | Internet Explorer | Firefox.
PENAFIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini.