Ta'aruf Kumpulan VAST
LATAR BELAKANG
KUMPULAN
VAST ditubuhkan pada pertengahan tahun
2011. Nama VAST dipilih kerana bermaksud "luas" yang membawa kepada
konsep berdasarkan satu arus muzik yang baru dengan penampilan yang lebih
‘luas’ dan disiniskan satu revolusi muzik yang baru yang tidak tertumpu hanya
kepada satu genre sahaja. Masih lagi dalam pembikinan album pertama dan bakal
menemui anda. Antara lagu-lagu yang akan dimuatkan adalah lagu Taubatku,
CintaNya, Selawat, Zikir Cinta dan lain-lain lagi. VAST merupakan sebuah
kumpulan yang membawa kelainan dalam industri muzik dengan genre pop
kontemporari/ R&B. Membawa lagu-lagu yang berkonsepkan unsur nasihat dan ke
Islaman. Dianggotai oleh empat anak muda, iaitu Aslam, Aufa, Fendy, dan Ikhwan.
Mereka semua dipilih oleh Megat Nur Shidiq setelah dinilai bakat-bakat yang
mereka ada.
TUJUAN PENUBUHAN
1- Menyampaikan
nasihat dan dakwah melalui medium nyanyian. Ini kerana orang ramai terutamanya
belia lebih suka mendengar hiburan maka dengan cara ini lebih mudah untuk
mendekati golongon muda dan memberi nasihat kepada mereka.
2- Menghidupkan
muzik nasyid di Malaysia. Cuba untuk menghidupkan budaya nasyid di Malaysia,
agar orang ramai tahu bahawa kumpulan nasyid baru di Malaysia. Boleh melahirkan
minat pendengar untuk bernasyid.
3- Memenuhi
kehendak pendengar, apa yang dikatakan memenuhi kehendak pendengar adalah
kumpulan vast cuba untuk membawa nasyid yang disukai oleh para pendengar.
SINGLE PERTAMA
VAST mula diperkenalkan kepada
orang ramai pada 23 september 2012 dengan mengeluarkan single pertama yang
bertajuk "Taubatku" sebagai lagu pengenalan kepada orang ramai. Lagu
"Taubatku" menjadi siulan ramai pendengar dan setakat ini lagu itu
sudah mulai dimainkan di corong-corong radio online seperti NasyidFM dan MBMFM.
Lagu "Taubatku" adalah hasil ciptaan sepenuhnya oleh Megat Nur
Shidiq. Lagu Taubatku -VAST "View". Selamat mendengar.
PERANCANGAN MASA HADAPAN
PROFIL AHLI KUMPULAN
NAMA : NUR ASLAM FAIZ BIN OTHMAN
ASAL : Teluk Intan, Perak.
UMUR : 26 tahun
STATUS : sudah berkahwin, mempunyai seorang anak.
LATAR BELAKANG PENDIDIKAN : DIPLOMA KEJUTERAAN
ELEKTRONIK POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH
NAMA : MOHD AUFA BIN MUSA
ASAL : Sabak Bernam, Selangor.
UMUR : 25 tahun
STATUS : Sudah berkahwin
LATAR BELAKANG PENDIDIKAN : DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKATRONIK POLITEKNIK
SULTAN AZLAN SHAH
NAMA : MUHAMAD AFENDY BIN PONIJAN
ASAL : Sg Buluh, Selangor.
UMUR : 25 tahun
STATUS : Bujang
LATAR BELAKANG PENDIDIKAN : DIPLOMA KEJUTERAAN ELEKTRONIK POLITEKNIK SULTAN
AZLAN SHAH
NAMA : MOHAMMAD IKHWAN BIN SUHAIMI
ASAL : Sungkai, Perak.
UMUR : 20 tahun.
STATUS
: Bujang
LATAR BELAKANG
PENDIDIKAN : Sekolah Kebangsaan Sungkai, Sekolah
Kebangsaan Perlok, Sekolah Menengah Maahad Al-Abbasiah, Sungkai, UiTM Kedah
(Diploma Pengurusan Bank).
LAIN-LAIN : bermain gitar dan melukis
Person-In-Contact: 013-3944351(Megat Shidiq)
Facebook: Vast
Twitter: VAST
saya suka dengan lagu taubatku,dan saya juga baru kenal kumpulan niey..wahh lagu yang VAST nyanyi..sangat best,lagu niey juga boleh membawa perubahan dalam diri saya,dan saya juga suka lagu kekasih yang maha agung tuh,semoga VAST berjaya disuatu hari nanti,semoga VAST terus mengeluarkan lagu yang baru,Assalammualaikum :)
ReplyDelete