Advertise Now!
You are browsing with label: Showing posts with label VAST. Show all posts

Tahniah buat kump. Vast kerana buat pertama dan julung kalinya mereka sudah menmpunyai show sendiri. Bertempat di Dewan Perdana, UiTM Merbok, Kedah, anda kini dapat menyaksikan mereka membuat persembahan. Turut bersama mereka kumpulan yang tidak asing lagi iaitu Rabbani & Devotees. Tidak ketinggalan juga persembahan solo dari Maha.

Berikut adalah detail yang dibawakan khas dari UiTM:

Nama program : Konsert Xpresi Seni
Tema : “Menggapai Seribu Impian”
Tarikh : 21 Februari 2013
Masa : 8.30 pm – 12.00 am
Tempat : Dewan Perdana, UiTM Merbok, Kedah
Artis Undangan : Rabbani , Devotees, Vast & Maha
Tiket : RM10

Semua dijemput hadir bagi memeriahkan lagi konsert ini.


Read more



LATAR BELAKANG KUMPULAN

    VAST ditubuhkan pada pertengahan tahun 2011. Nama VAST dipilih kerana bermaksud "luas" yang membawa kepada konsep berdasarkan satu arus muzik yang baru dengan penampilan yang lebih ‘luas’ dan disiniskan satu revolusi muzik yang baru yang tidak tertumpu hanya kepada satu genre sahaja. Masih lagi dalam pembikinan album pertama dan bakal menemui anda. Antara lagu-lagu yang akan dimuatkan adalah lagu Taubatku, CintaNya, Selawat, Zikir Cinta dan lain-lain lagi. VAST merupakan sebuah kumpulan yang membawa kelainan dalam industri muzik dengan genre pop kontemporari/ R&B. Membawa lagu-lagu yang berkonsepkan unsur nasihat dan ke Islaman. Dianggotai oleh empat anak muda, iaitu Aslam, Aufa, Fendy, dan Ikhwan. Mereka semua dipilih oleh Megat Nur Shidiq setelah dinilai bakat-bakat yang mereka ada.

TUJUAN PENUBUHAN

1-      Menyampaikan nasihat dan dakwah melalui medium nyanyian. Ini kerana orang ramai terutamanya belia lebih suka mendengar hiburan maka dengan cara ini lebih mudah untuk mendekati golongon muda dan memberi nasihat kepada mereka.
2-      Menghidupkan muzik nasyid di Malaysia. Cuba untuk menghidupkan budaya nasyid di Malaysia, agar orang ramai tahu bahawa kumpulan nasyid baru di Malaysia. Boleh melahirkan minat pendengar untuk bernasyid.
3-      Memenuhi kehendak pendengar, apa yang dikatakan memenuhi kehendak pendengar adalah kumpulan vast cuba untuk membawa nasyid yang disukai oleh para pendengar.


SINGLE PERTAMA

VAST mula diperkenalkan kepada orang ramai pada 23 september 2012 dengan mengeluarkan single pertama yang bertajuk "Taubatku" sebagai lagu pengenalan kepada orang ramai. Lagu "Taubatku" menjadi siulan ramai pendengar dan setakat ini lagu itu sudah mulai dimainkan di corong-corong radio online seperti NasyidFM dan MBMFM. Lagu "Taubatku" adalah hasil ciptaan sepenuhnya oleh Megat Nur Shidiq. Lagu Taubatku -VAST  "View". Selamat mendengar.

PERANCANGAN MASA HADAPAN

Untuk perancangan pada masa akan datang, VAST akan terus menyiapkan beberapa lagu untuk dimuatkan ke dalam album pertama mereka. Antara lagu-lagunya ialah "Taubatku", "Zikir Cinta", "Selawat" dan "CintaNya". Pada masa ini VAST masih lagi mengumpul idea dan lagu untuk dimuatkan dalam album nanti cuma pergerakan agak perlahan memandangkan Ikhwan yang masih belajar di UiTM Kedah dan sukar untuk kami bersama-sama melangkah. Kami akan cuba untuk menghasilkan album yang terbaik dan lebih berkualiti serta menghasilkan lagu-lagu keislaman dan nasihat yang lebih segar dan istimewa. Sama-sama doakan kami agar terus maju dalam industri nasyid ini dan berharap kepada para peminat terhibur dengan dendangan lagu-lagu dari VAST.




PROFIL AHLI KUMPULAN





NAMA : NUR ASLAM FAIZ BIN OTHMAN
ASAL : Teluk Intan, Perak.
UMUR : 26 tahun
STATUS : sudah berkahwin, mempunyai seorang anak.
LATAR BELAKANG PENDIDIKAN :   DIPLOMA KEJUTERAAN ELEKTRONIK POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH
LAIN-LAIN : PUTERA KESAYANGAN :: MUHAMMAD 'EID 'ASRI
                     : Pernah memasuki Akedemi Al-Quran Musim ke-4




NAMA : MOHD AUFA BIN MUSA
ASAL : Sabak Bernam, Selangor.
UMUR : 25 tahun
STATUS : Sudah berkahwin
LATAR BELAKANG PENDIDIKAN : DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKATRONIK POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH



NAMA :  MUHAMAD AFENDY BIN PONIJAN
ASAL : Sg Buluh, Selangor.
UMUR : 25 tahun
STATUS : Bujang
LATAR BELAKANG PENDIDIKAN : DIPLOMA KEJUTERAAN ELEKTRONIK POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH


NAMA : MOHAMMAD IKHWAN BIN SUHAIMI
ASAL : Sungkai, Perak.
UMUR : 20 tahun.
STATUS : Bujang
LATAR BELAKANG PENDIDIKAN : Sekolah Kebangsaan Sungkai, Sekolah Kebangsaan Perlok, Sekolah Menengah Maahad Al-Abbasiah, Sungkai, UiTM Kedah (Diploma Pengurusan Bank).
LAIN-LAIN : bermain gitar dan melukis



Person-In-Contact: 013-3944351(Megat Shidiq)
Facebook: Vast
Twitter: VAST
Read more

©Hak Cipta Terpelihara 2013, Insyad Media | Arus Nasyid Interaktif ©2013 Theme: Magazine World Theme. Admin - Portal Insyad

Paparan terbaik Google Chrome | Internet Explorer | Firefox.
PENAFIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada laman ini.